Thursday, November 5, 2009

Je'taime [Aku Cinta Padamu]

Akhu baru baca Remaja...then dapat plak info tentang lelaki nie... ahakx...PApa... nit tO noe yur feeling...=).....later cakap ngan Ma keyh...hek3....

TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan RELA dan bukan kerana TERPAKSA.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah menjadi orang yang banyak bercakap asalkan kekasihnya tersenyum dan ketawa [ sOw swit].

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya dengan penuh ikhlas.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaancemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa TAKUT KEHILANGAN kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah berasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain..[i guess papa yeshh...]..kuang2...

10. Dia menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya memcintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya..[now i noe why Papa owex asking me lyke dat]..

16. Dia TIDAK AKAN melayan gadis lain yang tidak ada urusan penting dengannya..[wish sow]..

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabla timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. Malah sanggup membunuh jika diberi kebenaran.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta malah nyawanya sendiri.

22. Dia TIDAK AKAN berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika berbuat demikian itu bererti hatinya BELUM 100% mencintai kekasihnya.

23. BUKAN SEMUA LELAKI SANGGUP MENITISKAN AIRMATA HANYA UNTUK SEORANG PEREMPUAN [ i like this phrase]...



**SI DIA 100% MAHUKAN KAMU JIKA:-

♥ Memberikan layanan yang begitu baik pada kamu misalnya tidak pernah meninggikan suara, mengmbil dan menghantar kamu ke tempat kerja, mengambil berat makan dan minum serta kesihatan kamu.

♥ Setiap hari sebrlum tidur akan menghubungi kamu untuk ucapkan selamat malam.

♥ Tidak pernah malu untuk memperkenalkan kamu kepada sesiapa sahaja kerana kamu adalah insan yang paling rapat dengannya dan andai ada sebarang majlis yang melibatkan teman-teman kamulah yang dipilih sebagai pasangannya.

♥ Si dia sentiasa menjaga hatimu dan paling takut apabila kamu merajuk. Pelbagai cara dilakukannya untuk memujuk kamu.

♥ Tidak pernah berkira dengan kamu dan sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan apa yang kamu suka.

♥ Bersedia untuk bertemu dengan orang tuamu pada bila-bila masa...=)



"Tuhan memberikan 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang, 2 telinga untuk mendengar dan 2 mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan 1 keping hati kepada kita? Kerana TUhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk mencarinya..Itulah CINTA.."

TIPS CINTA

♥ Tulis pada sekeping kertas, sebanyak mungkin alasan mengapa kamu sangat mencintainya. Si dia mahu pasti akan tersentuh dengan pengakuan yang kamu buat.

♥ Hantarkan pesanan ringkas melalui SMS atau email yang mengatakan bahawa kamu sangat mengagumi, mencintai, dan memerlukan si dia dalam hidup kamu. Tindakan kamu itu akan membuatkan si dia memulai hari-harinya dengan senyuman...=)

♥ Ingatlah selalu untuk mengucapkan "sweet dreams" sebelum tidur.

♥ Selalulah berada disampingnya terutama ketika si dia memerlukan kamu.


No comments:

Post a Comment